José Ramos-Horta
José Ramos-Horta

José Ramos-Horta

José Manuel Ramos Horta, (lahir 26 Disember 1949) adalah Perdana Menteri Timor Leste yang terkini. Sebagai pengasas dan bekas ahli Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Timur (FRETILIN), Ramos Horta berkhidmat sebagai jurucakap kepada penentang Timor Leste semasa pendudukan Indonesia dari tahun 1975 sehingga tahun 1999. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel kerana usahanya itu. Walaupun Horta meneruskan kerjanya dengan FRETILIN, beliau meletak jawatan daripada parti itu pada tahun 1988 dan sejak masa itu, beliau menjadi ahli politik bebas.Selepas Timor Timur mencapai kemerdekaan pada tahun 2002, Horta dilantik menjadi Menteri Luar Negeri pertama negara baru itu. Beliau kekal dalam jawatan itu sehingga peletakan jawatannya pada 25 Jun 2006, berikutan krisis politik di negaranya. Pada 26 Jun, iaitu selepas perletakan jawatan Perdana Menteri Mari Alkatiri, Horta dilantik menjadi pemangku Perdana Menteri oleh Presiden Xanana Gusmão. Dua minggu kemudian, pada 10 Julai 2006, beliau disahkan jawatan sebagai Perdana Menteri Timor Leste yang kedua.Ramos Horta sering kali disebut sebagai calon bagi jawatan Setiausaha Agung PBB.

Rujukan

WikiPedia: José Ramos-Horta http://www.news.com.au/story/0,23599,21763024-1702... http://www.smh.com.au/news/world/ramos-horta-resig... http://www.theage.com.au/news/world/alkatiri-to-re... http://www.theage.com.au/news/world/horta-vows-to-... http://www.abc.net.au/am/content/2006/s1671599.htm http://www.abc.net.au/news/newsitems/200607/s16818... http://english.people.com.cn/200705/11/eng20070511... http://seattletimes.nwsource.com/html/nationworld/... http://za.today.reuters.com/news/newsArticle.aspx?... http://chapter15.wordpress.com